[Berita Harian] Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati
memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air
kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar,
berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan
rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing
menjadi positif seperti mengambil najis dadah.
“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat
ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena
hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak
pasal-pasal kita masuk lokap pula. -26/6/14
No comments:
Post a Comment