Mar 22, 2009

Kem Motivasi Cuti Sekolah

Program Kem Motivasi
Panel Program Dr. Alis Puteh
Kumpulan 1
Dr. Alis, Hj. Adi & Ikhwan
Perbincangan Kumpulan
Team Work
Fasi Yang Berpengalaman
Groups Sesion
Hj. Adi & Ustazah Badariah
Kerja Kumpulan
Dr. Alis & Hj. Adi
Bantuan Teknikal Guru2
Hj. Adi
Dewan Taman Siswa Darulaman
















Mar 17, 2009

Kursus Pengurusan Masjid

Hj. Adi Anuar Azmin
Hj. Adi & Kawan2


Kursus Pengurusan Kewangan Masjid Mantapkan Institusi


BANDAR DARUL AMAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah akan mengadakan kursus Pengurusan Kewangan Masjid seluruh Kedah siri I dan II pada 18 dan 19 Mac ini di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) melibatkan semua pentadbiran masjid di Kedah.



Timbalan Pengerusi, Adi Anuar Azmin berkata, kursus ini adalah kali yang kedua diadakan selepas 10 tahun lepas ia dianjurkan. Menurutnya, kursus ini akan disertai lebih 500 orang yang terdiri daripada bendahari masjid di seluruh negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi. “Kursus ini akan dijalankan selama dua hari dan peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan kursus ini akan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahgian Pentadbiran Masjid. “Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta sistem yang betul dalam mengemas kini dan memberi kemahiran kepada pihak pengurusan masjid. “Selain itu, kursus ini juga merupakan kursus wajib kepada bendahari masjid dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan unit Jabatan Perdagangan, POLIMAS,” katanya kepada :Sinar Harian:.



Adi berkata, kursus ini memfokuskan kepada aspek pengurusan kewangan masjid sahaja dan ia dibuat adalah untuk mewujudkan keseragaman dalam sistem pengendalian tabung kewangan masjid.: “Setiap masjid akan menghantar dua atau tiga peserta dalam kursus ini. Dalam kursus ini juga akan melibatkan beberapa sesi seperti pembentangan dan bengkel dan ceramah juga akan diadakan oleh penceramah yang diundang khas dalam program ini,” katanya. Menurutnya, dalam kursus ini pihaknya akan menggunakan pendekatan yang mudah dan senang diterima memandangkan peserta yang hadir adalah dari latar belakang masyarakat yang berbeza.



“Kali terakhir kursus ini dibuat pada 1999 dan ini adalah kali kedua MAIK menganjurkan kursus sebegini. Dari kursus ini pihak kami akan melihat penerimaan peserta dan selepas ini pun akan ada lagi kursus dan program sebegini bagi memantapkan lagi pengurusan dan sistem pentadbiran masjid agar sempurna dan teratur,” katanya.

Mar 7, 2009

Riadah AJK Surau Taman Tema

Taman Tema Tasik Darulaman
Riadah Air
Memancing & Berkelah
Riadah Air
Anak Ustaz Zul & Ikhwan
Jeti
Futsal Padang
Berehat Separuh Masa Pertama
AJK & Jemaah Assiddiqin Beriadah
Suki & Anak2
Anak2 AJK & Jemaah
Futsal Padang
Awie, Hj. Saad dan Cikgu Zin
Anak2 AJK & Jemaah
Cikgu Zain Menyediakan Minuman
Amran, Suki & Ustaz Zul
Riadah Padang
2nd Half
Jumaat 27 Febuari 2009 bertempat di Taman Tema Tasik Darulaman Jitra.