Mar 31, 2010

Jemaah Semakin Berkurangan

Jemaah Assiddiqin Pada Waktu2
Puncak Maghrib, Insya & Subuh
Kenapa akhir2 ini jemaah Assiddiqin semakin berkurangan? Adakah kerana jemaah ke Surau @ Masjid lain, AJK dan Pengurusan Surau gagal atau kekurangan aktiviti kuliah dan pengajian? Kini walaupun waktu2 puncak Mahgrib, Insya dan Subuh jemaah hanya kurang dari 1 saf (1 saf 15 orang). Walaupun Taman Tunku Sarina mempunyai 3 buah surau dan tambahan 1 surau kampung berdekatan, ianya tidak terjadi dimasa lalu. Kekurangan sangat terasa bila tiba waktu Maghrib. Jika jemaah ada cadangan atau komen, diminta panjangkan kepada pihak pengurusan.

2 comments:

Paksu Ki said...

Surau sudah tercemar dengan YB Saad Man..pendukung UMCO yang merosakkan Malaysia

Surau Assiddiqin said...

Terima kasih Paksu Ki, Walaubagaimanapun, Kami AJK dan jemaah tetap meraikan sesiapa sahaja yang datang berjemaah dan menyertai program anjuran surau. Kita bertindak secara demokeratik,"Sesiapa saja boleh datang ke rumah Allah selagi ianya berniat baik..." idak memgira pahaman politik, pangkat dan bangsa... Insyallah, yang baik dari Allah swt, dan yang buruk datang dari kami AJK Surau Assiddiqin... Terima kasih sekali lagi kepada Paksu Ki. Kami sekali lagi meraikan saudara Paksu Ki jika ada sebarang cadangan kebaikan bersama jemaah, Insyallah. Terima kasih sekali lagi...