Majlis Bacaan Yassin mingguan berjalan seperti biasa pada malam 5 Jun 2008. Tidak ramai seperti biasa mungkin disebabkan cuti sekolah masih lagi berlangsung. Antara yang hadir ialah Ust. Jamal, Ust. Zul, Anuar, Ruzi, Cikgu Ali, Ikhwan, Amran dan lain-lain. Antara topik hangat yang dibincangkan malam ini ialah HARGA MINYAK melambung lagi... lelain ialah persiapan AJK untuk mesyuarat Persatuan Penduduk Tunku Sarina pada hari Sabtu 7 Jun 2008. Cadangan supaya pagi Jumaat 6 jun 2008 jam 9.00 pagi diadakan gotong royong membersihkan kawasan surau dan persiapan tempat memasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment