Jan 14, 2009

Demo Bantah Israel Laknatullah

Alhamdulillah, Ramai Rakyat Kubang Pasu Benci Israel
Banner Yang Menyokong Perjuangan Rakyat Palastine
AJK As-SiddiqinYang Hadir
Bantah Kekejaman
AJK As-Siddiqin
Yahudi Laknat!
Jahanam Yahudi!
Ucapan Salah Seorang Aktivis
Peserta Demo Aman Palastine
Takbir! Allahuakbar!
Ucapan YBhg Ustaz Aktivis Masyrakat Kubang Pasu
Jam 4.50 Petang



KEKEJAMAN ISRAEL DIKUTUK
Himpunan membantah pencerobohan Israel di bumi Palestin anjuran Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun pada petang (Jumaat) berjalan dalam tanpa sebarang gangguan. Dianggrakan seramai 1500 orang para demonstran hadir membanjiri datan Chin Hin, Pekan Jitra 2 yang dimulai dengan ucapan oleh Idris Hasan, Penolong Setiausaha Agung Pembela.Himpunan tersebut telah diketuai oleh Ustaz Yusoh Ahmad, Ketua DPPKP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Membantah Pencerobohan Israel Di Bumi Palestin. Antara pemimpin yang hadir ialah YB Firdaus Jaafar, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohd Fauzi Husin, Bendahari Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Rejab Ahmad, AJK Dewan Ulama PAS Kedah, OnnYusof, Ketua Bahagian PKR Kubang Pasu, Mohd Jamal Nasir, Presiden Pembela dan pemimpin Dewan Pemuda Kubang Pasu dan Jerlun.Slogan ‘Hidup Islam’, ‘Hancur Yahudi’, ‘Hancur Zionis’ bergema apabila Ustaz Mohd Fauzi Husin menyampaikan ucapannya, kemudian diikuti oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar.Ustaz Mohd Fauzi berkata, “Umat Islam seluruh dunia bersatu mengutuk kezaliman, kekejaman yang dilakukan oleh regim zionis Isreal yang melakukan serangan tanpa memikirkan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Tindakan Yahudi mengebom masjid, universiti, hospital dan kawasan perumahan awam menjelaskan bahawa Allah SWT melaknat mereka”.“Umat Islam wajib yakin bahawa Yahudi dan Nasrani adalah golongan yang sejak dari dulu, sekarang dan akan datang akan terus menyerang dan membunuh umat Islam dengan apa cara sekalipun”, ujarnya lagi.Bagi YB Ustasz Firdaus Jaapar pula, “Pemuda diseru bangun menyatakan bantahan dan mengutuk kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Isreal dengan melakukan pencerobohan dan pembunuhan di bumi Gaza. Ia merupakan tindakan golongan manusia yang tidak bertamadun serta bersifat kebinatangan dan seluruh pemuda Islam perlu bangun menyatakn bantahan”.“Pemuda PAS mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah-langkah atas nama kerajaan, bukan sekadar mengutuk regim zionis Israel malah menggerakkan badan-badan antarabangsa, khususnya dari Negara yang dipimpin oleh umat Islam untuk memboikot segala kepentingan ekonomi Israel dan sekutunya Amerika Syarikat”, beliau menambah.Himpunan tersebut berakhir pada jam 5.45 petang dengan ucapan doa yang disampaikan oleh Ustaz Rejab Ahmad serta pembakaran bendera Israel oleh para demonstran yang hadir.









No comments: