Jun 26, 2008

Kenduri Malam Jumaat

Jemaah Bacaan Yassin & Kenduri Tahlil
Rozi & Ikhwan
Amran Suka Minuman Lemon
Solat Insya Sebelum Kenduri
Antara Jemaah Yang Hadir
Abu Hassan Mengagihkan Minuman Kepada Jemaah
Kanak2 Turut Serta
Ikhwan Mengagihkan Makanan Untuk Di Bawa Pulang
Rozi & Abu Hassan
2 Anak Dara Ustaz Najdi
Gang Balut
Jemaah Kenduri








Ustaz Najdi & Cahaya Matanya






Malam Jumaat 26.6.08 Surau As-Siddiqin mengadakan majlis bacaan Yassin & Tahlil serta kenduri oleh Abu Hassan dan Ustaz Jamal. Bacaan Yassin diketuai oleh Imam Ustaz Najdi. Seramai 17 hadir pada majlis ini.


Majlis ini diadakan setiap malam Jumaat di Surau As-Siddiqin. Majlis kenduri pula dibuka kepada sesiapa sahaja.


Majlis kenduri ini dapat mengeratkan silatulrahman diantara jemaah dan penduduk Taman Tunku Sarina. Imam mengingatkan supaya penduduk Taman Tunku Sarina datang berjemaah dan meneruskan majlis bacaan Yassin pada setiap malam Jumaat. Majlis bacaan Yassin diadakan selepas solat Maghrib.


Kenduri tahlil pada malam ini ditujukan kepada Ibu Bapa Jemaah As-Siddiqin yang telah meninggal dunia. Bacaan Yassin pula ditujukan khas kepada pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan semoga mendapat keputusan yang cemerlang serta minta dilindungi Allah swt harta masyarakat Taman Tunku Sarina daripada kecurian dan terpelihara dengan kehendakNYA. Insyallah.

Jun 21, 2008

AJK Ziarah Pak Raden


Isteri Pak Raden dipatuk ular semasa membasuh pakaian didalam rumah beliau. AJK As-Siddiqin diketuai oleh Ustaz Najdi menziarahi keluarga Pak Raden pada malam 18 Jun 2008 selepas Sembahyang Maghrib. Isteri beliau masih lagi di Hospital Sultanah Bahiyah. Isteri Pak Raden sudah beransur sihat. Warga As-Siddiqin mengucapkan takziah kepada Pak Raden sekeluarga.

Pak Raden mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

Beliau sangat terharu dengan lawatan AJK yang sangat perihatin diatas permasalahan penduduk Taman Tunku Sarina termasuk keluarga beliau.

Abang Sidek Bilal menyerahkan hasil sumbangan AJK Surau dalam bentuk Ubat-ubatan alternatif untuk rawatan isteri Pak Raden. Semoga isteri Pak Raden akan pulih seperti sedia kala dengan kehendak Allah swt.

Jun 20, 2008

Kedai Ustaz

GERAI SARMA AMELIA 1 merupakan gerai dimiliki oleh Ustaz Jamal Thalib. Gerai ni beroperasi di laman rumah beliau. Kini menjadi tumpuan penduduk Taman Tunku Sarina untuk makan malam. Kedai ini beroperasi pada jam 6.00 petang sehingga jam 12.30 malam.

Dengan harga yang berpatutan beserta menu yang pelbagai, menarik minat pelbagai peringkat umur untuk berkunjung ke gerainya.


Ia juga menjadi tempat lepak AJK Surau As-Siddiqin selepas waktu Insya.
Terutama pada malam2 pengajian agama dan kuliah2 maghrib.

Beliau dibantu oleh Isteri tercinta sebagai tukang masak utama dan anak2nya. Selain keluarga, beliau juga mempunyai waiter dan waiteressnya sendiri.
Dapur Masak


Antara menu yang menarik di gerai ini ialah Nasi Goreng Abang Am, Mee Bandung Abang Sedek, Bihun Gorang Ustaz Zul dan Nasi Lemak Amran.

Dengan adanya gerai ini, suri rumah Taman Tunku Sarina dapat menjimatkan tenaga, masa dan gas untuk seisi keluarga... haha..
Ustaz Jamal juga menyediakan perkhidmatan katering dan penyediaan pramusaji di kawasan Taman Tunku Sarina.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi beliau ditalian 0174209540.



Jun 8, 2008

Kelas Tajwid As-Siddiqin

Al-Hafiz Ustaz Rahimee Hj. Madzuki
Sesi Kelas Malam Isnin
10 Orang Pelajar
Semoga Pandai Tajwid
Pelajar Yang Baik

Kelas Tajwid Surau As-Siddiqin diadakan setiap malam Isnin. Tenaga pengajar YBhg. Al-Hafiz Ustaz Rahime Hj. Madzuki daripada Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Penyelaras program ini Saudara Mohd Izham A. Rahim Penolong Setiausaha Surau ini.
Seramai 10 orang pelajar pelbagai peringkat umur jemaah Surau As-Siddiqin. Kelas ini bermula dari bulan November 2007.


Jun 7, 2008

Mesyuarat Pesatuan Penduduk

Pengerusi & Tmb. Pengerusi
Juadah Jamuan
Penduduk Taman Tunku Sarina
Pondok Makan
Hj. Rashid & AJK Menjamu Selera
Mesyuarat Tamat
AJK Yang Dilantik
Menjamu Selera
Ustaz Zamri Hadir Mesyuarat
Isi Borang Keahlian Saat Akhir
Majlis Mesyuarat Agung Persatuan
AJK Surau Yang Hadir
Kaum Wanita Tidak Ketinggalan
Sabri & Abu Sebuk Di Dapur
Kaum Wanita Di Dapur Surau
Bergotong Royong Memasak
Gang Hawa Sembang2 Harga Minyak
Rahim, Cikgu Ali, Zaidi & Rakan2
Dapur As-Siddiqin
Ustaz Najdi Pengerusi Mesyuarat
Roslan & Ikhwan
Ikhwan & Orang Dapoq
Ikhwan, Zaidi & Zainab
Abu & Isteri Pasangan Romentik
Amran & Roslan