Jun 21, 2008

AJK Ziarah Pak Raden


Isteri Pak Raden dipatuk ular semasa membasuh pakaian didalam rumah beliau. AJK As-Siddiqin diketuai oleh Ustaz Najdi menziarahi keluarga Pak Raden pada malam 18 Jun 2008 selepas Sembahyang Maghrib. Isteri beliau masih lagi di Hospital Sultanah Bahiyah. Isteri Pak Raden sudah beransur sihat. Warga As-Siddiqin mengucapkan takziah kepada Pak Raden sekeluarga.

Pak Raden mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

Beliau sangat terharu dengan lawatan AJK yang sangat perihatin diatas permasalahan penduduk Taman Tunku Sarina termasuk keluarga beliau.

Abang Sidek Bilal menyerahkan hasil sumbangan AJK Surau dalam bentuk Ubat-ubatan alternatif untuk rawatan isteri Pak Raden. Semoga isteri Pak Raden akan pulih seperti sedia kala dengan kehendak Allah swt.

No comments: