








2 Ogos 2008 yang lalu, Allahyarham Muzaffar jemaah Surau As-Siddiqin menghempuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah. Beliau meninggalkan seorang balu dan 6 orang cahaya mata.
Satu majlis tahlil dan kenduri di adakan oleh AJK As-Siddiqin pada Malam Jumaat 8 Ogos 2008 diketuai oleh Ustaz Najdi.
Allahyarham merupakan jemaah surau tetap setelah 7 bulan berpindah ke Taman Tunku Sarina. Allahyarham dikenali ramai dengan sikap yang peramah dan salah seorang yang aktif dengan perniagaan barangan Radix. Rumah beliau bersebelahan nursery tumbuh-tumbuhan Anuar Taman Tunku Sarina.
Seluruh AJK dan Jemaah As-Sadiqqin merasakan kehilangan dan kekosongan diatas pemergian Allahyarham. AJK As-Saddiqin mengucapkan takziah ke atas keluarga beliau. Semoga Allah swt merahmati Allahyarham Muzaffar.