Mar 31, 2010

Jemaah Semakin Berkurangan

Jemaah Assiddiqin Pada Waktu2
Puncak Maghrib, Insya & Subuh
Kenapa akhir2 ini jemaah Assiddiqin semakin berkurangan? Adakah kerana jemaah ke Surau @ Masjid lain, AJK dan Pengurusan Surau gagal atau kekurangan aktiviti kuliah dan pengajian? Kini walaupun waktu2 puncak Mahgrib, Insya dan Subuh jemaah hanya kurang dari 1 saf (1 saf 15 orang). Walaupun Taman Tunku Sarina mempunyai 3 buah surau dan tambahan 1 surau kampung berdekatan, ianya tidak terjadi dimasa lalu. Kekurangan sangat terasa bila tiba waktu Maghrib. Jika jemaah ada cadangan atau komen, diminta panjangkan kepada pihak pengurusan.

Jan 30, 2010

Taniah! Amran Mendapat Mujahidin Baru

AJK Surau As-Siddiqin Meraikan Saudara Amran
Ucapan Taniah Daripada Tuan Imam

Saudara Amran telah menerima cahaya mata baru pada 14 Januari 2010 yang diberinama Muhammad Nu'aim Bin Mohd Amran. Seluruh AJK As-Siddiqin mengucapkan taniah dan semoga menjadi anak yang soleh. Insyallah.