Sep 29, 2008
AJK Assiddiqin D' Cambodia
Sep 5, 2008
Gotong Royong Perdana
Satu Majlis Gotong Royong telah diadakan pada hari Sabtu 23 Ogos 2008. Gotong royong ini bertujuan untuk memestikan kebersihan serta untuk menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Gotong royong ini tidak mendapat sambut yang menggalakan. AJK & penduduk yang hadir:
1. Ustaz Ahmad Najdi
2. Mohd. Sobri Isa
3. Omar Salleh
4. Mohd. Amran Md. Ali
5. Ikhwandee Bin Fadzilah
6. Helmi Bahari & Anak2nya
7. Mohd Sidex
8. Ismail Desa
2. Mohd. Sobri Isa
3. Omar Salleh
4. Mohd. Amran Md. Ali
5. Ikhwandee Bin Fadzilah
6. Helmi Bahari & Anak2nya
7. Mohd Sidex
8. Ismail Desa
Kehadiran mengikut penduduk: 0.05%.
AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir serta AJK yang menyumbangan makanan dan minuman.
Aug 25, 2008
Majlis Tahlil Allahyarham Muzaffar
Kenduri Oleh AJK Surau
Jemaah Pelajar Polimas
Disertakan Dengan Buah Rambutan Segar
Jamuan Selepas Tahlil
Dato' Hussain, Am & Zaidi
Perbincangan Untuk Persiapan Ramadan
Kuliah Pra-Ramadan Oleh Ustaz Najdi
Gang Lepak
Majlis Tahlil Allahyarham Muzaffar 2 Ogos 2008 yang lalu, Allahyarham Muzaffar jemaah Surau As-Siddiqin menghempuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah. Beliau meninggalkan seorang balu dan 6 orang cahaya mata.
Satu majlis tahlil dan kenduri di adakan oleh AJK As-Siddiqin pada Malam Jumaat 8 Ogos 2008 diketuai oleh Ustaz Najdi.
Allahyarham merupakan jemaah surau tetap setelah 7 bulan berpindah ke Taman Tunku Sarina. Allahyarham dikenali ramai dengan sikap yang peramah dan salah seorang yang aktif dengan perniagaan barangan Radix. Rumah beliau bersebelahan nursery tumbuh-tumbuhan Anuar Taman Tunku Sarina.
Seluruh AJK dan Jemaah As-Sadiqqin merasakan kehilangan dan kekosongan diatas pemergian Allahyarham. AJK As-Saddiqin mengucapkan takziah ke atas keluarga beliau. Semoga Allah swt merahmati Allahyarham Muzaffar.
Jul 4, 2008
Kelas Fardu A'in & Tajwid
Kelas Fardu A'in Penduduk Taman Tunku Sarina:
Hari: Jumaat
Tarikh: Setiap Jumaat 4x Sebulan
Masa: 8.00 - 11.00 Pagi
Yuran: Percuma
Nama Ustazah:
Keahlian: Terbuka Kepada Semua Kanak2 7 Tahun - 12 Tahun Penduduk Taman Tunku Sarina
Tempat: Surau As-Siddiqin
Pakaian: Menutup Aurat
Jul 3, 2008
Yassin, Tahlil & Mesyuarat 3/7/08
Malam Jumaat 3/7/08 1 Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Menyuarat AJK serta diserikan dengan Majlis Kenduri oleh Saudara Ikhwan dan Sobri. Majlis bacaan Yassin ditujukan untuk kesejahteraan penduduk & jemaah Taman Tunku Sarina, Majlis Tahlil untuk keluarga Ikhwan & Sobri dan Mesyuarat Khas AJK untuk membincangan perkara berbangkit berkaiatan pengurusan surau.
Antara perkara yang dibincangkan ialah untuk mendapatkan dana untuk kegiatan surau serta persediaan menyambut Ramadan Al-Mubarak. Lain2 perkara berbangkit ialah kekurangan jemaah dalam masa terdekat, pengganti imam dan bilal, program gotong royong amal serta pihak AJK Persatuan Taman Tunku Sarina ingin menjalankan program mendapatkan tandatangan semua penduduk untuk diserahkan kepada pihak berkuasa dalam permohonan Sebuah Masjid untuk kariah disini. Ini disebabkan pertambahan penduduk yang ketara serta kesan pembangunan Taman Tunku Sarina. kini penduduk disini mempunya 3 buah surau yang sedang beroperasi.
Dipersetujui semua AJK bahawa keesokan hari Jumaat jam 9.00 pagi akan diadakan Program Gotong Royong Amal As-Siddiqin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
