Jun 7, 2008

Seorang Tokoh

Ustaz Najdi Pengerusi, Imam & Pensyarah
Tokoh kita kali ini ialah YBhg. Ustaz Hj. Ahmad Najdi Fadzil merupakan Pengerusi dan Imam Surau As-Siddiqin. Beliau merupakan penggerak utama As-Siddiqin dan Taman Tunku Sarina. Secara keperibadian, beliau merupakan seorang insan berilmu dan bertakwa yang tinggi dikalangan teman2 di Tunku Sarina amnya.

Bertugas sebagai Pensyarah di IPDA, beliau merupakan lulusan Universiti Azhar Mesir dalam Ijazah Pertama serta Sarjana di UKM. Tidak payah untuk mengenali beliau, beliau sesungguhnya amat peramah dan merupakan salah seorang ustaz yang mengajar kuliah mingguan di Surau As-Siddiqin di Taman Tunku Sarina.

Taman Tunku Sarina amat bertuah memeliki insan ini. Semoga beliau tabah mendidik dan mengasuh kariah Taman Tunku Sarina. Takbir! Allahuakbar...

Jun 5, 2008

Halalan Toyiban

Alhamdulillah...product muslim...
Ramai Beratur Hingga Keluar...
Tester... Ikhwan & Ust. Najdi
Abg Sidek & Ust. Zul

Alhamdulillah... product muslim yang ditunggu2 dah tiba... RFC dah dibuka di Bandar Aman Jaya Sg. Petani. Ini merupakan product muslim pertama dibuka di dunia. Taniah Hj. Ismail HPA yang memperkenalkan konsep Halalan Toyiban... Taniah semua yang terlibat. 3 AJK As-Siddiqin sudah mencuba. Anda bila lagi?




Bacaan Yassin Malam Jumaat

Suasana Maghrib Jumaat 5 Jun 2008
Jemaah Tunggu Masuk Insya... Ust. Zul Tidor2 Ayam... haha.. Amran Geram Minyak Naik Lagi... haha...
Antara Jemaah Bacaan Yassin
Sembang2 Harga Minyak Petrol... haha..

Majlis Bacaan Yassin mingguan berjalan seperti biasa pada malam 5 Jun 2008. Tidak ramai seperti biasa mungkin disebabkan cuti sekolah masih lagi berlangsung. Antara yang hadir ialah Ust. Jamal, Ust. Zul, Anuar, Ruzi, Cikgu Ali, Ikhwan, Amran dan lain-lain. Antara topik hangat yang dibincangkan malam ini ialah HARGA MINYAK melambung lagi... lelain ialah persiapan AJK untuk mesyuarat Persatuan Penduduk Tunku Sarina pada hari Sabtu 7 Jun 2008. Cadangan supaya pagi Jumaat 6 jun 2008 jam 9.00 pagi diadakan gotong royong membersihkan kawasan surau dan persiapan tempat memasak.




Jun 3, 2008

AJK Berbakti D' Hospital

Gang AJK & Pihak Hospital Jitra
Hadiah Baby Baru Lahir
Tiga orang AJK As-Siddiqin terlibat dengan kerja amal. Bulan febuari yang lalu, Ikhwan, Izham dan Ust. Zul terlibat dengan kerja amal di Wad Kanak2 Hospital Jitra. Mereka menyumbang barangan bayi yang baru lahir dan hadiah alatan sekolah kepada kanak2 yang terlantar di hospital. Semoga amal jariah mereka ini ikhlas dan amanah. Terima kasih di ucapkan kepada mereka semua.


AJK Surau Berbakti Anak Yatim

Membeli Pakaian Raya Anak Yatim
4 orang AJK yang terlibat ialah Amran, Izham, Ust. Zul dan Ikhwan. Mereka mengumpulkan derma orang ramai untuk dibelanjakan oleh Anak2 Yatim Darul Itam Walmasikin Alor Star untuk membeli pakai raya. Terima kasih kepada semua AJK As-Siddiqin yang terlibat.

4 Orang AJK Dapat Cahaya Mata

Tahniah Ustaz Zul Dapat Baby Lagi...
Azam Menyampaikan Hadiah Baby Kepada Ustaz Zul

Alhamdulillah, 4 orang AJK kita telah mendapat cahayamata baru. Antaranya:
  1. Ustaz Zulkifli - Bayi Lelaki
    Nama: Akmal Daneal
    Tarikh Lahir: 28 Febuari 2008
    Tempat Lahir: Hospital Sultanah Bahiyah
  2. En. Mohd Amran Md Ali - Bayi Perempuan
    Nama: Asma' Syafiyyah
    Tarikh Lahir: ?
    Tempat Lahir: Hospital Sultanah Bahiyah
  3. En. Ikhwandee Fadzilah - Bayi Lelaki
    Nama: Muhammad Harith
    Tarikh Lahir: 9 Mac 2008
    Tempat Lahir: Pusat Rawatan Mahsuri
  4. Hj. Adi Anuar Azmin - Bayi Lelaki
    Nama: Muhammad Hussam Hateem
    Tarikh Lahir: ?
    Tempat Lahir: Pusat Rawatan Mahsuri

Semua hadiah disumbangkan oleh Open University Malaysia. Kepada semua jemaah dan AJK silalah melawat keluarga ini. Sekali lagi pihak Surau As-Siddiqin mengucapkan tahniah dan syabas.

Jun 1, 2008

AJK Berjaya D' Tembok China

Ikhwan & Rakan2nya...