Jan 15, 2009

Gotong Royong Bersama ILP Jitra

Pelajar ILP Jitra
Am, Cikgu Ali & Hanapiah
Ustaz Fikri
Ikhwan & Cikgu Ali
Waktu Makan
Jemaah & Pelajar ILP Bertungkus-lumus
Sobri & Pelajar ILP Jitra Mengecat
Berat Sama Dijinjing, Ringan Sama Di Papah
Ustaz Zul
Adik Hafiz & Rakan Mengecat Bilik Air Surau
Adik Hafiz Sedang Makan
Pelajar ILP Mengorek Longkang
Anuar Mesin Rumput
Pelajar ILP Jitra
Runtuhan Wakaf Dibersihkan
AJK Assiddiqin Menyediakan Makanan & Minuman
11/01/2009 Sabtu 9.00 pagi yang lalu satu gotong-royong di antara Jemaah As-Siddiqin dan Pelajar ILP Jitra telah diadakan di perkarangan Surau Assiddiqin Taman Tunku Sarina. Gotong-royong kali ini disertai oleh 30 orang pelajar ILP Jitra dengan diketuai oleh Pensyarah En. Zulkifli Embong yang juga AJK Assiddiqin.
Alhamdulillah, dengan kerjasama Jemaah dan AJK, gotong royong ini berjalan dengan lancar. Beberapa buah bangunan surau juga lengkap dicat baru seperti bilik air dan dewan makan.
YBhg. Tuan Imam Hj. Najdi dan AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemaah, penduduk Taman Tunku Sarina dan pihak ILP Jitra yang sudi turun menjayakan gotong royong ini.
Satu surat penghargaan dan taniah pihak Assiddiqin telah dikirimkan kepada pihak pengurusan ILP Jitra. Diharap kegiatan ini akan diadakan berterusan.

















Jan 14, 2009

Demo Bantah Israel Laknatullah

Alhamdulillah, Ramai Rakyat Kubang Pasu Benci Israel
Banner Yang Menyokong Perjuangan Rakyat Palastine
AJK As-SiddiqinYang Hadir
Bantah Kekejaman
AJK As-Siddiqin
Yahudi Laknat!
Jahanam Yahudi!
Ucapan Salah Seorang Aktivis
Peserta Demo Aman Palastine
Takbir! Allahuakbar!
Ucapan YBhg Ustaz Aktivis Masyrakat Kubang Pasu
Jam 4.50 Petang



KEKEJAMAN ISRAEL DIKUTUK
Himpunan membantah pencerobohan Israel di bumi Palestin anjuran Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun pada petang (Jumaat) berjalan dalam tanpa sebarang gangguan. Dianggrakan seramai 1500 orang para demonstran hadir membanjiri datan Chin Hin, Pekan Jitra 2 yang dimulai dengan ucapan oleh Idris Hasan, Penolong Setiausaha Agung Pembela.Himpunan tersebut telah diketuai oleh Ustaz Yusoh Ahmad, Ketua DPPKP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Membantah Pencerobohan Israel Di Bumi Palestin. Antara pemimpin yang hadir ialah YB Firdaus Jaafar, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohd Fauzi Husin, Bendahari Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Rejab Ahmad, AJK Dewan Ulama PAS Kedah, OnnYusof, Ketua Bahagian PKR Kubang Pasu, Mohd Jamal Nasir, Presiden Pembela dan pemimpin Dewan Pemuda Kubang Pasu dan Jerlun.Slogan ‘Hidup Islam’, ‘Hancur Yahudi’, ‘Hancur Zionis’ bergema apabila Ustaz Mohd Fauzi Husin menyampaikan ucapannya, kemudian diikuti oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar.Ustaz Mohd Fauzi berkata, “Umat Islam seluruh dunia bersatu mengutuk kezaliman, kekejaman yang dilakukan oleh regim zionis Isreal yang melakukan serangan tanpa memikirkan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Tindakan Yahudi mengebom masjid, universiti, hospital dan kawasan perumahan awam menjelaskan bahawa Allah SWT melaknat mereka”.“Umat Islam wajib yakin bahawa Yahudi dan Nasrani adalah golongan yang sejak dari dulu, sekarang dan akan datang akan terus menyerang dan membunuh umat Islam dengan apa cara sekalipun”, ujarnya lagi.Bagi YB Ustasz Firdaus Jaapar pula, “Pemuda diseru bangun menyatakan bantahan dan mengutuk kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Isreal dengan melakukan pencerobohan dan pembunuhan di bumi Gaza. Ia merupakan tindakan golongan manusia yang tidak bertamadun serta bersifat kebinatangan dan seluruh pemuda Islam perlu bangun menyatakn bantahan”.“Pemuda PAS mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah-langkah atas nama kerajaan, bukan sekadar mengutuk regim zionis Israel malah menggerakkan badan-badan antarabangsa, khususnya dari Negara yang dipimpin oleh umat Islam untuk memboikot segala kepentingan ekonomi Israel dan sekutunya Amerika Syarikat”, beliau menambah.Himpunan tersebut berakhir pada jam 5.45 petang dengan ucapan doa yang disampaikan oleh Ustaz Rejab Ahmad serta pembakaran bendera Israel oleh para demonstran yang hadir.









Usrah Mingguan (Rumah Ustaz Najdi)

Tuan Rumah & Keluarga
Zaidi, Ikhwan & Sidek
Jamuan Hadirin
Tambah2...
Sedap...
Mualai Dengan Bacaan Al-Ma' Surat
Lazat! Pandai tuan rumah...
Amanat Tuan Rumah
Sobri, Mustapa, Pakdin & Zaidi
Ustaz Najdi, Zul, Zulkifli & Ustaz Zul
Amanat Seorang Ustaz











Mesyuarat AJK 1/2009

AJK Yang Hadir
Ustaz Zul
Banyak Benda Boleh Diselesaikan Dengan Musyawarah
Pengurusi Ustaz Najdi
Ustaz Najdi Menjanjikan Tahap Professional Yang terbaik
AJK Mencari Buah Fikiran
Kenduri Jemaah Ditaja Oleh Ustaz Jamal
2 Ustaz Saling Makan
Surau Baik Jemaah Aman Bahagia
Adi, Zaidi & Ali
Saliang Bercedok-cedokan
Kanak2 Turut Serta




Mesyuarat AJK Pertama 1/2009 Pada Malam Jumaat 1/1/2009 Selepas Insya. Makanan ditaja oleh YBhj. Ustaz Jamal & Keluarga.
AJK Yang Hadir:
1. Ustaz Najdi
2. Ustaz Jamal
3. Ustaz Zul
4. Zaidi Osman
5. Mohd Amran Md Ali
6. Hj Adi Anuar Azmin
7. Anuar
8. Adb. Rahim Osman
9. Mohd Rozi
10. Mohd Sobri
11. Shahrudin
12. Ustaz Jamil
13. Zulkifli
14. Ismail Yaacob
15. Ikhwandee Fadzilah
16. Ustaz Fikri
Tidak Hadir:
1. Mohd Izham Abd Raheem
2. Abu Hassan
3. Cikgu Ali
4. Ariffin Said
5. Biden Alee